jika sekilas pandang, obie tiada beza dengan kucing-kucing din luar sana.. tp bg kami yg hampir dua tahun menjaganya merasakan dia anugerah tuhan yang sgt istimewa.. dia sgt berbeza..boleh dikatakan 80% sikap, tabiat, perasaan obie sgt ketara bezanya berbanding kucing2 lain.
di sini aku ingin berkongsi beberapa tabiat dan sikap si obie yg tak mungkin ada pada kucing2 di luar sana :)
1) hanya makanan terbaik yang mahu di jamahnya.. kebiasaannya kucing-kucing diluar sana yang gemar makan apa saja yg terlintas di depan mereka spt tikus, cicak,sisa makanan dan apa saja yg boleh di makan,TETAPI TIDAK bg kucing bernama obie..dia hanya makan premium nutrition. (fancy feast) makanan khas yg dicipta bg kucing2 yg mempunyai citarasa yang tinggi..
2) cara tidur yang seakan-akan manusia..obie gemar tidur dengan posisi terlentang..seolah2 dunia ini beliau yang punya..pada mulanya agak kelakar bila kami melihat gaya tidur si obie .
3) obie lebih selesa berak dan kencing di tandas berbanding di tanah dan pasir... dan jangan terkejut jika dia mampu menahan dari melepaskan hajatnya itu jika dia dapati tandas kotor ;)
4) sukakan suhu sejuk.. sebab itu dia mampu ikut kami pulang ke kampung dari banting ke perlis tanpa sebarang masalah..asalkan aircond terpasang di paras paling tinggi :)
5) cepat cemburu jika kami beri tumpuan pada kucing-kucing lain :) pernah jugak kami cuba untuk menjaga kucing lain ,kononnya sbg teman si obie,,akan tetapi obie merasa tersisih..so, dia lebih suka sendiri bersama kami :)
6) suka dimanjakan seperti seorang bayi :) malah dia juga sukakan baby..harap2 nanti dia mampu sygkan adik baby yg bakal lahir seperti mana dia sygkan kami suami isteri :)
terima kasih Allah kerana KAu anugerahkan obie yang istimewa membahagiakan lagi hubungan kami.. semoga umurnya panjang.. takkan ada lagi teman pengganti selain dari obie...


No comments:
Post a Comment